Ampang LRT 站提供免费停车场!以后可以把车Park那里了!


~

Ampang LRT 站提供免费停车场!以后可以把车Park那里了!
~
~
大家注意咯!常常要在Ampang搭乘LRT的朋友, 这里有个好消息告诉你!Stesen LRT Ampang将提供免费停车场给民众使用。停车场将在4月1日正式开放给所有民众使用,并且是免费的。有需要驾车到Ampang LRT站的朋友现在可以把车Park那里再搭乘LRT咯。

促销日期:4月1日至9月30日。
促销地点:Stesen LRT Ampang 停车场

优惠一共有6个月。以后大家可以把车停在安邦轻快铁站,然后搭乘安邦轻快铁前往下个目的地。 好方便!
~
~
通告原文:
PROMOSI KHAS PARKIR PERCUMA DI STESEN LRT AMPANG.

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2017 – Pengguna LRT akan menikmati kemudahan parkir
percuma di Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT Laluan Ampang mulai 1 April 2017
selama enam bulan sempena promosi khas Ulang Tahun ke-20 LRT Laluan Ampang.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir Zohari Sulaiman berkata pengguna LRT
yang meletakkan kereta mereka di Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT Ampang
tidak dikenakan bayaran sehingga 30 September tahun ini.

“Selain menghargai sokongan padu pengguna LRT di Stesen LRT Ampang, kami
berharap usaha ini akan menggalakkan penggunaan perkhidmatan
pengangkutan awam untuk Laluan Ampang dan Sri Petaling terutamanya oleh
penduduk disekitar Ampang,” kata Dato’ Ir. Zohari.
~
~

Tambah beliau, penanda atau “bunting” dipasangkan di sekitar Stesen LRT Ampang
untuk memudahkan pergerakan orang ramai ke Kompleks Parkir Bertingkat tersebut.
“Di samping usaha ini, pelbagai inisiatif-inisiatif lain akan dilaksanakan dari masa ke
semasa. Seperti yang kita semua sedia maklum, Rapid Rail dan Prasarana Malaysia
Berhad komited dengan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan nisbah penggunaan
pengangkutan awam kepada 40 peratus menjelang tahun 2030,” tambah Dato’ Ir
Zohari.

Bersama-sama dengan LRT Laluan Sri Petaling, sistem LRT Laluan Ampang
mengendalikan hampir 200,000 penumpang sehari.
Dibuka pada 1 Jun 2014, Kompleks Parkir lima tingkat itu mempunyai 1,140 petak
parkir dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden termasuk lif, kamera
keselamatan litar tertutup (CCTV) dan laluan pejalan kaki berbumbung ke stesen
LRT Ampang.

Mula beroperasi sejak akhir 1997 sebagai perkhidmatan STAR LRT sebelum diambil
alih oleh Prasarana pada 2002, LRT Laluan Ampang menyediakan perkhidmatan
terus dari Ampang ke Sentul Timur. Ia bersambung dengan LRT Laluan Sri Petaling di
stesen LRT Chan Sow Lin dan dengan rangkaian LRT Laluan Kelana Jaya di Stesen
Masjid Jamek disamping berintegrasi dengan Laluan Monorel di stesen Hang Tuah
dan Titiwangsa.
 ~
Ampang LRT 站提供免费停车场!以后可以把车Park那里了! Ampang LRT 站提供免费停车场!以后可以把车Park那里了! Reviewed by leesharing on 09:12:00 Rating: 5
Blogger 提供支持.