UPSR 数学重考 9 Oktober: Ujian semula kertas Matematik dan Tamil UPSR
Berikutan 2 lagi kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dilaporkan bocor semalam, murid Tahun 6 akan terpaksa menduduki semula kertas peperiksaan mata pelajaran Matematik dan Bahasa Tamil itu pada 9 Oktober.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan perkara itu pada satu sidang media di Kementerian Pendidikan hari ini.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata 2 lagi laporan polis dibuat pada Sabtu berhubung kes kebocoran kertas soalan UPSR melibatkan subjek Bahasa Tamil dan Matematik.
Katanya, Lembaga Peperiksaan mengesahkan kertas ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036, 037 bocor, sekali gus menyebabkan ia terbatal.
"Tarikh baru bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036, 037 adalah pada 9 Oktober 2014 setelah mengambil kira cuti umum Hari Raya Aidiladha dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran)," kata Khair.
Beliau berkata, peperiksaan semula perlu diadakan semula bagi memastikan integriti dan kredibiliti keputusan UPSR itu.
"Peperiksaan ini diadakan semula bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR tersebut," katanya.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata 2 lagi laporan polis dibuat pada Sabtu berhubung kes kebocoran kertas soalan UPSR melibatkan subjek Bahasa Tamil dan Matematik. – 22 September, 2014.
UPSR 数学重考 9 Oktober: Ujian semula kertas Matematik dan Tamil UPSR
Reviewed by we
on
19:57:00
Rating: