SEMAKAN PENEMPATAN GURU BAHARU LEPASAN PISMP



PEMBERITAHUAN


SEMAKAN PENEMPATAN GURU BAHARU LEPASAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) BIL.1/2015

03 January 2015
Sukacita dimaklumkan penempatan guru baharu bagi lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bil.1/2015 yang diperaku oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan ditawarkan secara berperingkat berdasarkan keperluan opsyen dan kekosongan perjawatan semasa di seluruh negara.


Sehubungan dengan itu, calon guru baharu yang ditawarkan penempatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negeri Selangor boleh membuat semakan penempatan di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 3 Januari 2015 (12.00 Tengahari) di alamat berikut : www.moe.gov.my


Tarikh kuat kuasa penempatan adalah pada 5 Januari 2015.


Calon yang tidak tersenarai, adalah dimohon menyemak status terkini penempatan dari semasa ke semasa melalui laman sesawang KPM.

Sekian, terima kasih.

Diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat


Sumber : http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4566

SEMAKAN PENEMPATAN GURU BAHARU LEPASAN PISMP SEMAKAN PENEMPATAN GURU BAHARU LEPASAN PISMP Reviewed by we on 19:54:00 Rating: 5
Blogger 提供支持.