忘了还PTPTN的公务员要注意哦!


*

来源:大马新闻最前线

教育部约5万2000名员拖欠(PTPTN)


教育部日前发出公函,指示拖欠PTPTN贷款的教师,如果不还将:

1)不会有擢升机会或是享有一些福利,包括一些暂代其他职位的数百令吉津贴。

2)被拒参与提供奖励金给公务员到本地或是海外升学的培训奖励计划。

在这之前,高等教育基金已发出警告,并恫言将把欠贷不还者的名字放在中央信贷参考资讯系统(CCRS),一旦列入其中,拖欠者将无法向银行贷款。

教育部是援引1993年公务员(行为和纪律)第4(2)(i)条例发出上述指示。在这条例下,拖欠贷款不还者可以被采取纪律行动,包括被解雇。
*
*
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/
PTPTN mula potong gaji penjawat awam Sept ini
Potongan gaji bagi penjawat awam yang mempunyai pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mula dilaksanakan penghujung September depan.
    
Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan berkata, langkah itu akan dilakukan secara berperingkat melibatkan seramai 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayaran atau tidak konsisten menyelesaikan pinjaman PTPTN.

"Selaras dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal sebelum ini, PTPTN akan mula melakukan pemotongan gaji terhadap kakitangan awam terlibat pada hujung bulan depan," katanya.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Mesra PTPTN bersama pelanggan yang disempurnakan oleh Adun Lepar, Datuk Mohd Shohaimi Jusoh di sini, hari ini.
*
*
Katanya, pertemuan diadakan dengan penjawat awam yang terlibat merundingkan pinjaman secara ansuran bulanan.
    
Mohamad Zabidi dalam kenyataan sebelum ini berkata kesemua 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayaran atau tidak konsisten menjelaskan pinjaman PTPTN, diwajibkan membuat bayaran melalui potongan gaji.
    
Untuk itu, seramai 480 warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk 136 pegawai kumpulan pengurusan dan profesional akan menjadi kumpulan pertama membuat potongan gaji bagi bayaran balik PTPTN September ini.
    
Dalam perkembangan lain, PTPTN turut menyasarkan simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) RM2 bilion menjelang 2020.
    
Agos berkata, setakat ini SSPN-i telah mempunyai 2.3 juta penyimpan dengan jumlah simpanan mencecah RM1 bilion. - Bernama
* **


Recent Posts Widget
<!- start disable copy paste --></!->

忘了还PTPTN的公务员要注意哦! 忘了还PTPTN的公务员要注意哦! Reviewed by we on 19:40:00 Rating: 5
Blogger 提供支持.